Breaking

Saturday, May 25, 2013

BIAR BETUL? - Bahasa Arab Merupakan Bahasa Ke-2 Di Australia?

TAOTAUAJER - Bahasa melambangkan bangsa.. bagi kita di malaysia bahasa malaysia ,bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Manakala Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di Malaysia. Berbeza pula ceritanya di Australia apabila bahasa Arab adalah bahasa kedua bagi negara tersebut.... Biar Betul!


Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia.

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.

Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.

Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa.

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP

TAOTAUAJER : Sungguh mengejutkan apabila mengatahui hal ini, dimana kita di malaysia pon tak semua yang betul-betul tahu akan bahasa arab berbanding bahasa Inggeris. Berapa ramaikah kanak-kanak mahupun golongan dewasa yang menguasai bahasa Arab? - Koleksi Info


Adbox