Breaking

Sunday, April 14, 2013

TERKINI! - OPS DAULAT Bakal Berakhir Tahniah Pasukan Keselamatan Negara!

TAOTAUAJER - Ops Daulat yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara dari digugat anasir-anasir asing.


Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak boleh membenarkan keselamatan dan kesejahteraan yang dibina dan dijaga selama 56 tahun digugat oleh pihak luar.

Ops Daulat telah dilancarkan pada jam 7 pagi 8 Mac 2013 yang lepas apabila pasukan keselamatan negara telah menggempur pengganas-pengganas bersenjata yang enggan meninggalkan Sabah setelah diberikan peluang selama tiga minggu untuk berbuat demikian.

Setakat kini seramai 181 orang individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sejak Ops Daulat dilancarkan, manakala 334 individu ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang.

Dan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Ops Daulat akan berakhir, tetapi tindakan polis dan tentera bagi menghapuskan pengganas dan tali barut mereka akan diteruskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Apapun ucapan tahniah MESTI kita ucapkan kepada semua yang terlibat termasuk pasukan keselamatan kita kerana sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini.

Ternyata pengorbanan mereka tidak dapat dinilai walau dengan balasan emas dan permata.

Darah dan keringat mereka yang tumpah di bumi bertuah ini akan tercatit kemas dalam sejarah negara.

SUMBER : MyNewshub

TAOTAUAJER : Alhamdulillah kedaulatan negara kita berjaya di pertahankan dari anasir-anasir luar yang cuba menggugat kedaulatan negara kita. Meskipun terdapat anggota keselamatan kita yang terkorban jangalah kita lupa akan pengorbanan mereka ini meskipun yang sudah meninggal mahupun yang masih hidup. Tahniah buat pasukan keselamatan negara kita.... GEMPUR WIRA! - INFO LAHAD DATU CRISIS

Adbox