Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » INALILLAH! - TIGA Ulamak Meninggalkan Dunia Hari yang Sama
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Kehilangan Tiga permata serentak pada 13 Jamadil Awal 1434H bersamaan 25 Mac 2013..Hujan lebat membasahi bumi mengiringi pemergian kekasihNya....sewaktu hebatnya Umat Islam Melayu bercakaran sesama sendiri dan amat memerlukan nasihat para Ulama yang sebenar mereka ini telah pergi dipanggil menghadap Ilahi pada tarikh yang sama.


Ulamak meninggalkan dunia..Dunia ini dah semakin dekat...:(

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam) di Masjid-masjid di Alor Setar. Akhlaknya indah. Murabbi selalu cerita mengenainya.

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah.

3) Dr Uthman El Muhammady yg telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sabda Rasulullah s.a.w:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)


TAOTAUAJER : Apa nak jadi dengan Tanah Bertuah ini nanti? Moga Allah menempatkan para Ulama ini di tempat yang paling istimewa, yang paling dirahmati, yang lansung tidak terbayang dan tercapai dengan akal kerdil kita. Jasa mereka menyebar syiar Islam dan memperkukuh kekuatan ummah - tidak terbatas dan tidak terbalas. AL FATIHAH.


.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post