Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » WOW! - Malaysia Menggunakan UAV Buat Pertama Kalinya Dalam Operasi Daulat (3 GAMBAR)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - UAV nama singkatan bagi Unmanned Aerial Vehicle, pastinyer ramai tidak menyedari bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebenarnya telah giat membangunkan skuadron Unmanned Aerial Vehicle untuk tujuan ketenteraan sejak tahun 2002 lagi.


Bermula dengan pesawat dwi fungsi Eagle ARV (Air Reconnaissance Vehicle) buatan syarikat tempatan CTRM Composite, sehinggalah terbaru dari jenis ALUDRA MK1 (Alliance Unmanned Developmental Research Aircraft) yang penulis percaya digunakan secara meluas dalam Ops Daulat sekarang.


Penulis tidak pasti dengan nasib 3 pesawat Eagle ARV yang dioperasikan oleh TUDM sekarang. Tapi khabarnya kesemua pesawat tersebut tidak lagi digunakan setelah platform UAV yang lebih stabil seperti ALUDRA dihasilkan.

ALUDRA dikeluarkan oleh konsortium UST yang ditubuhkan kerajaan Malaysia pada 2007 khusus untuk membangunkan UAV nasional yang pertama dengan menggunakan teknologi tempatan sepenuhnya.

UST menggabungkan kepakaran 3 syarikat tempatan yang giat membangunkan teknologi UAV di negara ini seperti CTRM, SCS dan Ikramatic – untuk sistem panduan dan kawalan.


Sebuah lagi syarikat yang terlibat dalam pembangunan UAV di negara kita ialah Sapura Technologies. Tapi pembangunan UAV oleh syarikat ini khabarnya dikhususkan untuk pasukan Polis Diraja Malaysia sahaja. Ada laporan mengatakan beberapa pesawat UAV keluaran Sapura, digunakan untuk mengawal peserta rusuhan Bersih 3.0 yang lepas.

Walaupun masih banyak yang perlu dilakukan ke atas sistem ALUDRA Mk1 ini terutama enjin yang mampu bertahan dalam persekitaran mudah karat di kawasan perairan, kamera yang lebih baik, sensor serta lain-lain, tapi sekurang-kurangnya ATM sudah mempunyai platform UAV di tahap operasi yang boleh digunakan pada bila-bila masa diperlukan.

Selain ALUDRA Mk1, negara juga mempunyai beberapa jenis pesawat UAV yang lain seperti Nyamuk, Intisar 100 & 300, Aludra SR-08, Agas dan lain-lain lagi. Tahap operasi kesemua UAV ini dan skuadron mana yang mengoperasikannya, masih tidak dapat dipastikan.

Kerjasama dalam pembangunan UAV tempatan ini, dijangka akan membantu negara dalam penghasilan Tactical Unmanned Arial Vehicle (TUAV) pula. Berbeza dengan pesawat UAV, pesawat dalam kategori TUAV, mampu membawa peluru berpandu udara ke permukaan seperti Hellfire, bom pintar dan sebagainya.

Pembangunan TUAV ini penting setelah penulis melihat kejayaan sistem ALUDRA mengenalpasti lokasi musuh di kubu pertahanan mereka sepanjang Ops Daulat berlangsung.

Penulis membayangkan keadaan berbeza kalau lokasi yang telah dikenal pasti tersebut dapat diserang terlebih dahulu menggunakan pesawat TUAV.

CC: GenerasiBaru.com

Disini tao tunjukkan gambaran dari sebuah UAV diambil dari Movie Act Of Valor


TAOTAUAJER : Bayangkan jika kita ada UAV ini sememangnya memudahkan bagi mengenalpasti kedudukan musuh dan juga anggota kita dapat di kawal pergerakannya melalui komunikasi radio supaya anggota kita diberi pengawasan terhadap musuh yang hadir. - Berita LAHAD DATU CRISIS

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post