Breaking

Wednesday, March 6, 2013

LAHAD DATU! - 13 Mayat Pengganas Sulu Berjaya Ditemui (5 Gambar)

TAOTAUAJER - Seperti mana yang kita tahu pasukan ATM telah membuat gerakan ofensif pada pagi semalam terhadap kubu kumpulan penceroboh di Lahad Datu semalam. Dan di sahkan 13 orang penceroboh telah mati dalam serangan tersebut, hari ini tiga belas mayat pengganas bersenjata ditemui di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan


Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Anggota Polis sedang membuka papan mayat 13 penceroboh yang terbunuh dengan Pasukan Keselamatan

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.



Serentak itu, Ahmad Zahid membidas sikap media sosial yang memperlekehkan barisan hadapan pasukan keselamatan kononnya ia adalah sandiwara.

“Gambar-gambar ini menunjukkan pasukan keselamatan kita mempunyai kebolehan yang tinggi dalam menjalankan operasi ini. Ia bukan sandiwara,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, berlaku dua pertempuran di sekitar kampung berkenaan ketika anggota tentera dan polis menjalankan operasi susulan dan penggeledahan.

“Pada 6.45 pagi tadi pasukan kita telah bertempur dengan pasukan penceroboh dan pasukan keselamatan kita menembak mati seorang anggota kumpulan penceroboh itu.

“Pada 1.45 tengah hari pasukan forensik kita diserang kumpulan penceroboh ketika menjalankan siasatan di kawasan kubur di mana mayat anggota mereka ditanam di kawasan kampung itu,” katanya yang mengesahkan tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera.

Beliau berkata operasi bersama polis dan tentera itu turut menemui pelbagai senjata api milik kumpulan pengganas rakyat asing itu. ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

SUMBER: MyNewshub

TAOTAUAJER : Deorang main kotor lagi apabila pasukan forensik pulak diserang di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun tahniah buat Pasukan keselamatan yang berjaya membunuh beberapa anggota penceroboh semoga pasukan keselamatan dapat menghapuskan semua penceroboh yang cuba menggugat negara berdaulat ini. - Berita LAHAD DATU CRISIS

Adbox