Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » HEBAT! - Lelaki Ini Tanam Semula Hutan Seorang Diri Selama 30 Tahun (4 Gambar)
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Seorang lelaki bernama Jadav ‘Molai’ Payeng dilaporkan memiliki 1,360 hektar hutan yang ditanamnya sendiri selama 30 tahun.  Payeng yang ketika itu berusia 16 tahun, memutuskan untuk menanam semula hutan di wilayah Assam, India Utara setelah dia menemui beberapa ekor haiwan liar yang hidup menderita di daerah itu selepas hutan digondolkan.


“Ular-ular mati kepanasan akibat tiada pokok untuk mereka berteduh dari kepanasan. Saya duduk dan menangisi kematian mereka. Mereka seperti hidup dalam keadaan derita. Saya kemudiannya melaporkan perkara ini kepada Jabatan Perhutanan dan meminta kebenaran untuk menanam pokok di sana.” katanya 

Walaubagaimana pun, permintaan Payeng itu ditolak. Sebaliknya, Jabatan Perhutanan meminta Payeng menanam pohon bambu.



Merasa kecewa dengan tindakan tersebut, Payeng terpaksa melakukan kerja penanaman itu seorang diri. “Tak ada sesiapa pun yang membantu saya. Tidak ada yang tertarik untuk membantu” tambahnya lagi.

Payeng yang kini berusia 47 tahun mula menanam pokok pada tahun 1979 dan menghambakan dirinya untuk menanam pokok. Dia terpaksa meninggalkan pendidikan , rumah dan mula tinggal berseorangan di kawasan pasir lapang.

Kegiatan hariannya adalah merawat pokok bambu yang ditanamnya. Kini, kawasan pasir lapang itu telah mula ditumbuhi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk haiwan liar seperti badak sumbu dan harimau.


Ironinya, pencapaian Payeng yang luar biasa itu akhirnya baru disedari oleh Jabatan Perhutanan pada tahun 2008. Mereka kelihatan kagum dengan usaha yang dilakukannya. “Kami kagum pada Payeng” kata seorang Pembantu Pemuliharaan Hutan, Gunin Saika.

“Dia telah berada di sana selama 30 tahun. Sekiranya dia tinggal di bahagian lain dunia, dia mungkin telah dianggap sebagai seorang pahlawan.”

TAOTAUAJER : Serius lelaki ini hebat, meskipun tidak lah nampak segagah mana namun dengan berkat usaha tulang empat keratnya di bersungguh untuk memulihara alam sekitar dalam masa 30 tahun menanam semula hutan. Dia nie dah boleh di nobatkan 'HERO OF THE YEAR' dah boleh jadi macam Tarzan, BeastMaster.. sape lagi? hero-hero hutan?? - Koleksi Mereka yang Hebat

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post