Breaking

Thursday, February 28, 2013

GEMPAR! - Jambatan Sedang Dibina Di Selangor Science Park 2 Runtuh (3 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Menggemparkan apabila jambatan yang sedang di bina pula runtuh di selangor Science Park 2, sebelum itu stadium Gong Badak runtuh buat kali kedua dimana 3 orang cedera dan kali ini pula jambatan runtuh di selangor.


Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh di sini hari ini.



Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 1 tengah hari dan ia tidak mengganggu sebarang lalu lintas. - Bernama


stadium runtuh keje dyeowg neyh..jambatan runtuh pown kje dyeowg neyh... neyh bukan salah engineer neyh salah dyeowg berdua..hahaa Otomen oh otomen!

TAOTAUAJER : Nasib baik masih lagi dalam pembinaan , cuba bayangkan sekiranya jambatan tersebut telah siap digunakan dan tetiba runtuh. Pasti berlaku satu kemalangan yang kita tidak dapat bayangkan.

Adbox