Breaking

Wednesday, February 20, 2013

GEMPAR! - Gambar Stadium Gong Badak, Terengganu runtuh sekali lagi.

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu sebelum ini kejadian bumbung stadium Gong Badak ini pernah runtuh pada Jun 2009 dan kali ini, Februari 2013 dikatakan runtuh lagi. Dikhabarkan 3 orang cedera dalam kejadian runtuh tersebut. Namun begitu maklumat sebenar belum lagi di sahkan tetapi sudah kecoh disebarkan berita mengenai Stadium Gong Badak ini.


Gambar kejadian bumbung stadium Gong Badak yang pernah runtuh pada Jun 2009 

Kini pada Feb 2013 Stadium Sultan Mizan Runtuh lagi  
saksikan gambar-gambar di bawah ini.

stadium yg sedang dibaik pulih sebelum kejadian runtuh pagi tadi



Menurut beberapa sumber mengatakan, menurut beberapa pekerja di sana:

Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula sejak bulan lepas. 
Proses ini dilakukan bagi menggantikan bumbung yang lebih sesuai bagi stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam erti kata lain, bumbung berkenaan ‘memang perlu dirobohkan’ kerana ianya merupakan salah satu proses dalam penggantian bumbung baru.


Runtuhan kerangka bumbung stadium anggaran 100M x 50M semasa kerja kerja memotong dijalankan (kerangka lama akan diganti dgn kerangka baru).3 Mangsa lelaki rakyat tempatan iaitu Mohd Naziru Nizam bin Marzuki.- 25 tahun . Wan Mohd FajrulAzmi bin Wan Ahmad -26 tahun dan Mohd Shaidi bin Ismail -21 tahun.

TAOTAUAJER : Diatas antara gambar2 yang disebarkan di laman blog dan web serta forum, 3 orang yang cedera dan telah pun di bawa ke hospital. Untuk maklumat lanjut akan kejadian ini akan menyusul kemudian
Adbox