TAOTAUAJER - Labah-labah adalah salah satu serangga yang merbahaya dan juga di takuti oleh manusia. Adakah korang salah seorang yang menghidapi arachnophobia iaitu fobia takut akan labah-labah dan arachnids lain seperti kala jengking?
Tetapi terdapat orang yang tidak takut akan serangga ini, dimana orang-orang Kemboja dalam bandar Skuon dimana labah-labah dengan saiz yang mengerunkan dan ia menjadi salah satu hidangan kegemaran istimewa serantau.
Labah-labah goreng sebagai snek khusus adalah tarikan yang popular bagi pelancong yang melalui bandar ini. Labah-labah diternak dalam lubang tanah di kampung-kampung utara Skuon, atau mencarinya di kawasan hutan berdekatan, dan lalu digoreng dalam minyak.
Ia tidak jelas bagaimana amalan ini bermula, tetapi ada juga yang mencadangkan bahawa penduduk mungkin telah mula makan labah-labah keluar daripada keadaan terdesak semasa tahun pemerintahan Khmer Rouge, apabila bekalan makanan tidak mencukupi.