Breaking

Thursday, October 11, 2012

INFO! - Saiz ikan semakin mengecil menjelang 2050 ?

TAOTAUAJER - Saiz ikan kian mengecil menjelang 2050 | Saiz ikan dipercayai akan mengecil antara 14 sehinhha 24 peratus menjelang tahun 2050 ekoran fenomena pemanasan global yang mengurangkan isipadu global yang akan mengurangkan isipadu oksigen di lautan, lapor satu kajian. Mungkin korang tak penah tengk bagaimana ikan tak cukup oksigen yang pernah di rakamkan di St Petersburg (LINK)


Kajian yang di ketuai Universiti British Columbia di kanada menyatakan, fenomena itu juga akan menyebabkan jumlah tangkapan ikan di laut semakin berkurangan.


Menurut kajian berkenaan sebanyak 600 jenis ikan marin seperti ikan kod, ikan sebelah halibut dan flounder akan mengecil menjelang 2050.

Keadaan itu telah berlaku sejak tahun 2000 ekoran senario peningkatan kadar gas rumah hijau yang kian pantas mengembang.

"Kadar pengurangansaiz badan ikan akan memberi kesan kepada semua ekosistem, kata penulis kajian berkenaan, Willian Cheung kepada Reuters.

Penyelidikan tersebut di siarkan dalam jurnal saintifik, Nature Climate Change.

Menurutnya pemanasan global yang disebabkan pengunaan bahan bakar fosil seperti pertroleum oleh manusia akan mengurangkan jumlah oksigen di lautan, sekali gus menjejaskan kehidupan marin seperti ikan.

Adbox