TAOTAUAJER - Sekumpulan nelayan di Cordoba, Argentina menemui seekor ikan bermata tiga berhampiran Loji Janakuasa Nuklear. Ikan pelik itu juga dikenali sebagai ikan serigala tiga mata kerana rupanya yang seakan-akan serigala. Di bawah merupakan gambar pelik ikan serigala yang mungkin bermutasi sehingga mendapat tiga mata.
“Pada masa itu agak gelap dan kami langsung tidak perasan mengenai ikan pelik tersebut. Tetapi kemudian kami melihatnya dengan lampu suluh dan nampak dengan jelas ikan itu mempunyai mata ketiga dan berwajah pelik.”
Menurut Infobae.com, laman berita berbahasa Sepanyol, tasik di mana ikan bermata tiga ditangkap adalah satu takungan di mana air panas dari loji nuklear dipam. Kini, kemunculan ikan pelik bermata tiga menakutkan penduduk tempatan kerana mereka belum pernah menemui spesis seperti itu. Lebih-lebih lagi mereka melihat sendiri keajaiban tersebut.
Mereka bimbang kemunculan ikan bermata tiga mungkin disebabkan oleh mutasi dari air di loji nuklear berhampiran. Selain itu, kemungkinan mutasi turut terkena pada manusia masih belum diketahui.
TAOTAUAJER : Subhanallah, sungguh pelik ikan ini ada mata tiga jarang-jarang kita dapat jumpa ini semua di sebabkan aktiviti-aktivit manusia yang merosakkan alam sekitar sehingga menyebabkan gen ikan ini bermutasi lain dari yang biasa - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa