Pantai di Panjin China ini berwarna kemerahan merah darah setiap kali musim luruh, fenomena ini menjadikan pantai ini cukup unik dan memukau pemandangan yang jarang-jarang kali kita ketahuinya dan kita dapat melihatnya.
Lagi gambar-gambar pantai merah darah di bawah ini...
Pantai tersebut mendapat namanya dari rupa nyer, yang disebabkan oleh sejenis rumpai laut yang subur di tanah masin beralkali.
Rumpai yang mula berkembang pada April atau Mei kekal menghijau sewaktu musim panas. Pada musim luruh, rumpai ini bertukar menjadi warna merah menyala , dan pantai tersebut kelihatan seolah-olah ia dilindungi oleh permaidani merah tak terhingga yang mencipta landskap laut merah memukau pandangan yang jarang-jarang berlaku.
Panorama indah pantai berwarna merah darah setiap kali musim luruh di Panjin China
Kebanyakan Pantai Merah adalah rizab alam semula jadi dan ditutup kepada orang ramai.
Hanya beberapa kawasan kecil yang dibuka untuk aktiviti perlancongan.
TAOTAUAJER : Betapa indahnya dunia ini yang masih belum kita ketahuinya dan masih belum kita terokainya. Fenomena kejadian ini juga cukup unik bagi kita, ini lah kebesaran Allah betapa indahnya ciptaanya. Kita sebagai penghuni di dunia ini hargailah anugerah yang telah di beri janganlah sesuka hati merosakkan alam sekitar jangan sampai alam marahkan kita dan di timpa bencana. - Koleksi Kejadian Alam