Breaking

Tuesday, September 11, 2012

NGERI! - Kepala budak tersepit di eskalator (GAMBAR)

TAOTAUAJER - Ngeri apabila seorang budak perempuan berusia 12 tahun kepalanya tersepit di antara eskalator yang bergerak dengan dinding di pusat beli-belah di Pathum Thani, pada 10 SEPT 2012.


Budak perempuan tersebut mengalami cedera parah apabila kepalanya tersepit di antara eskalator yang sedang bergerak.


Pengawai polis penyiasat Pratunam Chulalongkorn, Leftenan Kolonel Chamnong Kongtapan, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 petang di eskalator bergerak di antara tingkat dua dan tiga di Pusat Beli-Belah Future Park Rangsit.

Katanya, Nualprae Wasuthichaikul mungkin menghulurkan kepala untuk melihat ke bawah sebelum tersepit.

Kanak-kanak itu dihantar ke hospital berdekatan dan doktor berjaya memulihkan kembali denyutan jantung, tetapi keadaannya masih lemah kerana mengalami pendarahan dalam kepala. - Bangkok Post


TAOTAUAJER : Nie pasti kes sewaktu menaiki eskalator nie dye menjenguk kebawah ikut tepi tu kemudian semakin naik keatas kepala nya tersangkut pada dinding tu. Seram.. hati-hati la korang sebagai ibu bapa menjaga anak-anak sewaktu menaiki eskalator semoga kejadian seperti ini tidak menimpa kepada anak-anak - Koleksi Kemalangan Ngeri

Adbox