Breaking

Wednesday, September 12, 2012

TAUTAK? - Indonesia punyai perokok lelaki teramai di dunia

TAOTAUAJER - Kajian membuktikan Indonesia mempunyai perokok lelaki teramai didunia, di mana dua antara tiga daripada mereka adalah perokok kerana harga rokok yang sangat murah dan iklan rokok terdapat di merata tempat.


Hasil kajian yang didedahkan semalam mendapati, 67 peratus daripada semua lelaki berusia lebih 15 tahun, merokok. Indonesia mendapat tempat kedua di belakang Russia dengan keseluruhan kadar perokok 35 peratus berbanding 39 peratus.


Menteri Kesihatan Indonesia, Nafsiah Mboi berkata, “Kami gagal melindungi rakyat kami.”

Kadar perokok lelaki di negara ini meningkat dari 53 peratus sejak 1995.

“Kami dikalahkan oleh industri tembakau... kami tidak mahu ini. Kami tidak boleh menerimanya kerana tugas kami adalah melindungi orang ramai daripada rokok,” katanya.

Lebih daripada 8,000 orang mengambil bahagian dalam kajian itu tahun lalu, iaitu sebahagian daripada siri kajian global yang dibuat di 15 negara yang mempunyai perokok tegar dan disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. - AP


sumber : hmetro.com

TAOTAUAJER : Kalau korang saksikan video yang tao sisipkan di atas nie, ini lah iklan anti rokok paling best.. bile nak isap rokok jer sume baca yasin. Memang tak jadi la nak isap.

Adbox