Sebuah Blog Informasi Yang Mengandungi Pelbagai Info - Info Menarik Dan Terkini
WOW! - [WATCH] More hot chicks & new rides in Fast & Furious 6.
Home » , , , , , » OMG! - kek ULAR dijadikan makanan untuk harijadi anaknya (5 GAMBAR)

OMG! - kek ULAR dijadikan makanan untuk harijadi anaknya (5 GAMBAR)

Written By taoslayerz on Saturday, August 11, 2012 | 8:35 PM

TAOTAUAJER - Di London Ular ini tidak mungkin mengancam nyawa anda, kecuali menyebabkan anda sakit gigi, kerana ia sebenarnya kek yang dibuat mengikut saiz ular sebenar.


Ia dibuat oleh Francesca Pitcher untuk anaknya, Claudia, sebagai menyambut ulang tahun kelahiran keenam kanak-kanak itu apabila dia meminta sesuatu yang ‘menakutkan,’ selepas melawat sebuah zoo.

Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...



Francesca, 37, yang fobia terhadap ular, menghabiskan masa tiga hari untuk menghasilkan replika realistik ular sawa Burma selepas mengkaji imejnya menerusi Internet.

 

Dia memasak kek yang sama besar dengan enam kek sepan sebelum mengukirnya menjadi ular sawa, antara ular tidak berbisa paling bahaya di dunia.

Wanita itu juga mengambil masa 12 jam menghiasi kek itu dengan fondan coklat putih serta pewarna khas untuk membuat kulitnya serta tanda yang berbeza.


Di majlis sambutan hari jadinya itu, Claudia dan 26 rakannya berebut-rebut untuk memakan kepala ‘ular’ berkenaan.

Francesca, ibu dua anak, yang menjalankan perniagaan membuat kek di Maid- stone, Kent, berkata: “Sebaik berjaya menangani fobia, saya terus membuatnya.

“Apabila siap, saya meletakkannya di dalam kotak dan menyimpannya di dalam bilik. Saya tidak boleh menengoknya.


“Kanak-kanak itu terpesona dengan kek berkenaan dan langsung tidak takut. “Tetapi ibu bapa mereka tidak berani dekat dan ada yang takut,” katanya. – DM

TAOTAUAJER : Sekali pandang dan yang tak tau itu adalah kek sememang nyer menaikkan bulu roma apabila kek yang di sediakan betul seakan-akan ular sawa yang sedang ber istirehat. 

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
Share this article :
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL BUSUK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger