Breaking

Tuesday, June 5, 2012

WOW! - Fenomena Transit planet Zuhrah melintasi matahari

TAOTAUAJER - Satu kejadian fenomena alam semesta yang jarang-jarang berlaku dikatakan akan berlaku esok dimana plenet zuhrah akan melintas di matahari pada rabu 6 Jun.


Rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena falak iaitu transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu (6 Jun 2012) dan 2 hari sebelumnyer iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) tao tak sempat sediakan artikel tersebut.

Saksikan Simulasi bagaimana planet Zuhrah melintas di hadapan Matahari pada esok pagi di bawah ini...

"Fenomena transit planet Zuhrah amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang," katanya.



Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari.Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.

Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.

Adbox