Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » KEJAM! - Konflik Syria: 32 kanak-kanak antara 90 maut
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Kejam sungguh apabila kanak-kanak di bunuh dalam serangan pasukan keselamatan Syria ke atas bandar Houla,DAMSYIK. Dimana Pasukan pemantau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan sekurang-kurangya 90 orang terbunuh termasuk 32 kanak-kanak.


Sebahagian jenazah 90 orang termasuk 32 kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan, dipercayai dilakukan oleh tentera kerajaan Syria kelmarin. – Foto ihsan CNN

Ketua misi PBB, Mejar Jeneral Robert Mood menyifatkan insiden itu sebagai tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.


Ia disifatkan sebagai serangan paling buruk dalam satu-satu kawasan sejak kebangkitan rakyat ke atas Presiden Syria Bashar al-Assad pada Mac 2011.

Utusan Khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan juga mengecam kejadian itu.

"Sesiapa yang memulakan tindakan ini, sesiapa yang bertanggungjawab dan sesiapa sahaja yang mengambil bahagian dalam tindakan ganas ini harus dipertanggungjawabkan," kata Mood dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Kenyataan itu berkata 32 kanak-kanak yang terbunuh berusia bawah 10 tahun.

Keadaan yang membawa kepada tragedi itu masih belum jelas.

Pemimpin-pemimpin kumpulan yang menentang kepimpinan Bashar mendakwa pelan damai yang diusahakan oleh PBB dan Liga Arab telah gagal.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton juga mengecam pembunuhan di Houla.

Lt Bassim al-Khaled, jurucakap Gerakan Syria Bebas berkata, lebih banyak kejadian seumpama itu akan menyusul.

Katanya, kerajaan Bashar menggunakan gencatan senjata dan pelan damai untuk membunuh lebih ramai orang dan mematikan kebangkitan rakyat.

"Jadi, satu bahasa yang rejim ini boleh faham ialah menerusi penggunaan senjata. Tunggu dan lihat, kami akan memastikan mereka akan bayar bagi setiap titik darah," kata Bassim dipetik CNN.

SUMBER | SinarHarian
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post