Breaking

Saturday, April 7, 2012

#tautak? - Hukum merenjis beras pada pengantin

TAOTAUAJER - Baru-baru nie tao terbaca akan tweet  Ustaz Azhar Idrus dimana ayat nyer berbunyi " Apakah Hukum merenjis beras ke atas pelamin pengantin? dan jawapan dari Ust adalah Harus jika kedua-dua pengantin adalah Ayam" Bunyi nyer macamsan kelakar tapi korang tau tak ape hukum nyer yang sebenar??

kredit gambar : Almir Scribblings

Bersanding adalah majlis untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai. Dimana tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihat dan menatap wajah pasangan raja sehari. Ini juga bertujuan untuk orang-orang terdekat tahu akan perhubungan pasangan ini, tak de la nanti tetiba jer kena tangkap basah pulak.

Ikuti penjelasan di bawah ini....


Adat merenjis jika ia dilakukan dengan kepercayaan untuk menghindarkan pasangan pengantin daripada nasib buruk atau gangguan makhluk halus, ia tidak ubah seperti mengikuti adat masyarakat Hindu. Ia adalah diharamkan.

Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:


عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تشبه بقوم فهو منهم حسن صحيح - حجاب المرأة 104 ، الارواء
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ia termasuk dalam golongan mereka"

(Hadis sahih riwayat Abu Dawud).

Dalam hadis lain yang dikeluarkan oleh al-Imam Ahmad, Ibn Umar r.a juga berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku diutus dengan pedang menjelang hari kiamat, sehingga (orang-orang bukan Islam) menyembah Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, dijadikan rezeki dibawah bayangan tombakku, dan dijadikan hina dan rendah bagi sesiapa saja yang berselisihan dengan urusanku. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka".

 (Musnad Ahmad)

Dua hadis di atas jelas menunjukkan kepada kita mengenai larangan Islam kepada umat Islam supaya tidak mencontohi atau meniru adat dan amalan masyarakat yang lain selain dari Islam.

Namun begitu, jika ia dilakukan dengan niat semata-mata untuk meriah dan menyerikan lagi majlis perkahwinan tersebut tanpa disertai oleh sebarang niat yang lain, maka ia diharuskan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang melarang mengamalkan adat tersebut dengan alasan ia bukan dari budaya Islam.

Memang benar, panel turut mengakuinya. Namun, Islam tidak melarang sebarang adat tempatan dan budaya sesuatu tempat selagi mana adat dan budaya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan di dalam Islam.

SUMBER | Halaqahdieylashaza

Adbox