TAOTAUAJER - Skuad Harimau Muda A sekali lagi dirundung duka apabila dibelasah teruk 0-4 kepada Jepun pada perlawanan kelima saingan kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 bagi Zon Asia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Saksikan gambar dan penjaring jepun pada gawang #HarimauMalaya.

Jepun yang terus melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang gol Malaysia akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi gol pertama yang dijaringkan oleh Sakai Hiroki pada minit ke-35.
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah yang berjaya ditangkap

Pemain berusia 22 tahun skuad Samurai biru, Osako Yuya kemudian menyumbang gol kedua hasil tandukan pada minit ke-44.

Pada babak kedua perlawanan, pasukan Jepun mula berpesta gol apabila Haraguchi Gengki menjaringkan gol ketiga pada minit ke-55, diikuti gol keempat oleh Saito Manabu lima minit kemudian.
Gol ke 4 rembatan kencang yang terus masuk ke gawang gol Malaysia
kalah atau menang, semangat #HarimauMalaya tetap dihati. #SelamanyaHarimauMalaya