Breaking

Sunday, November 27, 2011

MISTERI !- Penemuan Bateri Kuno dari Baghdad, Iraq

TAOTAUAJER - Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling membingungkan para ilmuan arkeologi.


Pada tahun 1930, di sebuah makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa para arkeologi yang sedang melakukan penggalian disana telah menemui sebuah artifak yang didugakan sebagai satu set bateri kimia yang berusia mencapai sehingga 2000 tahun lebih.


Arifak tersebut dihasilkan di atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta asphalt yang disusun sedemikian rupa dalam sebuah bekas kecil (setinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat daripada tanah liat. Malah para pengkaji juga telah menghasilkan sebuah prototaip bateri tersebut dan berjaya membuktikan bahawa ia sememangnya sebuah bateri.

Para pengkaji berjaya memperolehi 1.5 voltmeter daripada artifak batu bateri elektrik tersebut yang telah bekerja tanpa henti selama 18 hari dengan cara memasukkan cecair yang mengandungi kandungan asid ke dalam bekasnya, seperti air jeruk (sunkist & lemon), h2so4, semua larutan adalah dalam golongan elektrolit. Komponen bateri terdiri daripada batang karbon sebagai anode (kutub positif), Zink (Zn) sebagai katode (kutub negatif), dan pasta sebagai elektrolit penghantar.


Usia artifak bateri kuno tersebut diperkirakan sekitar 2.000 – 5.000 tahun iaitu jauh lebih tua daripada sebelum Alessandro Volta (Italia) berjaya mencipta bateri pertama kali dalam rekod sejarah moden pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggris) yang menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih.

Penemuan ini tentunya dapat merubah pandangan manusia masa kini terhadap kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa silam. Nampaknya, aktiviti penggunaan tenaga elektrik telahpun dikenali oleh manusia-manusia zaman silam jauh sebelum manusia moden berjaya mengenalinya.


.
Adbox