Breaking

Monday, October 10, 2011

Tau Tak ? Garam mempunyai efek ketagihan seperti DADAH

TAOTAUAJER - Bukan hanya rokok dan dadah saja yang boleh membuatkan korang ketagihan. Kalau korang nak tau Garam jugak ternyata memiliki efek yang sama, sebuah kajian menyebutkan.


Para saintis yang bergabung dalam sebuah penelitan mengatakan bahawa ketagihan terhadap garam merangsang otak sama seperti ketagihan terhadap ubat-ubatan keras atau rokok.

Mereka menemukan bahawa keinginan mengambil garam memicu gen, sel-sel otak dan connection antara otak yang sama seperti keinginan terhadap ubat-ubatan dan alkohol.

Penemuan ini dapat membantu menjelaskan mengapa banyak orang yang kesulitan mengurangi penggunaan garam. Meskipun, mereka menyedari adanya bahaya tekanan darah dan kesihatan jantung.

Untuk kajian ini, saintis Australia dan Amerika melakukan penelitian terhadap tikus yang diatur menjalani diet rendah garam. Aktiviti dalam otak kemudian dibandingkan dengan pada tikus yang makan secara normal. Mereka juga mempelajari otak tikus yang kelaparan akan garam selama tiga hari dan kemudian diberi air masin untuk diminum.

Ketika tikus itu masih memerlukan garam, sel-sel otak memicu protein yang biasanya berhubungan dengan ketagihan zat seperti heroin, kokain, dan nikotin.

“Dalam kajian ini, kami menunjukkan bahawa salah satu naluri klasik, keinginan mengasup garam, memicu saraf yang juga berkaitan dengan ketagihanan ganja dan kokain,” kata Prof Derek Denton, dari University of Melbourne.

Penelitian ini juga mengungkapkan bahawa setelah kandungan garam dikurangi, otak percaya bahawa keperluan itu telah dipenuhi sebelum terpenuhi secara fizik.

Dengan kata lain, perubahan yang disebabkan oleh keingianan merasa garam akan menghilang jauh sebelum garam boleh meninggalkan usus, memasuki darah, dan sampai ke otak.
Adbox