Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » » » » » GAMBAR | MyCard terbaru digunakan mulai 2012
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Salam 1 Malaysia. Tak lame lagi nampak nyer kita sebawai warga malaysia 1 malaysia bakal menggunakan MyKad terbaru yang di pertingkatkan ciri-ciri keselamatannya dan tahap kualitinya.


Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya.

MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

MyKad dengan struktur baru ini juga lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan. MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama


Photobucket Tau Tak ? | Sejarah Kad Pengenalan Malaysia

"Dengan pengeluaran MyKad baru ini juga, ia akan dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai yang menggunakan MyKad," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said.

Beliau berkata, pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya.

Hishammuddin berkata, JPN juga akan meneruskan program 'Outreach' menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Mengenai pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang, beliau berkata JPN Kluang merupakan pejabat JPN ketiga selepas Kuching dan Melaka yang menyediakan perkhidmatan itu.

Hanya pejabat JPN yang memiliki keupayaan sistem hubungan terus dengan ibu pejabat dengan ciri-ciri keselamatan akan dipertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan itu, katanya.

"Kita tidak akan terburu-buru untuk memperluaskan perkhidmatan itu di semua pejabat cawangan JPN seluruh negara," katanya - Star



.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post