Breaking

Thursday, October 13, 2011

FuyuH! Teknik terbaru elak Menangis ketika potong bawang

TAOTAUAJER - Fuyuh! hebat belaka deorang nih, inovasi terbaru nih... rasenyer belum lagi ade orang yang try gaye nih. Ape yang korang dapat lihat dua orang nih memotong bawang siap memakai helmet Full Face lagi tuh.


Korang tau tak Mengapa Kita 'Menangis' semasa memotong Bawang?

Okay, kalau korang nak tau bila korang potong bawang, sel-sel dalam bawang tu akan koyak dan melepaskan satu enzim iaitu enzim sulfoxides asid amino pastu terjadinyer asid sulfenic.

Kemudian enzim tu akan bercampur dengan asid sulfenic untuk menghasilkan propanethiol S-oksida, sulfur volatile sebelum masuk ke dalam mata korang.

Gas ini akan bertindak balas dengan air mata korang untuk membentuk sejenis asid iaitu asid sulfurik.

Asid itu pulak akan terbakar dan merangsang mata korang untuk melepaskan lebih banyak air untuk mencuci rasa pedih tuh.

Haa..tu la pasal air mata korang keluar.. okay skunk korang dah tau kan

Korang tau tak ape yang patut korang buat kalau tak nak bagi menangis???

potonglah bawang di dalam siraman air..

Sebabnye nak tau kenape???

  • Sebatian-sebatian sulfur akan terlarut dalam air sebelum mengenai mata korang...
  • korang jugak boleh letakkan bawang dalam penyejuk beku untuk 10 minit sebelum memotongnya. Suhu sejuk memperlahankan tindak balas antara enzim dan sulfur. so,lepas ini tak lagi menangis semasa memotong bawang.
Skunk jangan menangis lagi yer...hehe





Adbox