Breaking

Tuesday, September 27, 2011

OMG! | Misteri Menyelubungi Serpihan Satelit UARS

TAOTAUAJER - Persoalan terpenting yang bermain di fikiran pengkaji bidang angkasa kini ialah ke mana perginya serpihan dan debu daripada Upper Atmosphere Research Satellite – satelit seberat 6 tan yang terhempas ke bumi Jumaat lalu.


Ia menjadi satu misteri kini kerana satu bahagian satelit itu pun masih belum ditemui.

Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang tahu secara tepat di mana serpihan-serpihan itu berada.

Melainkan beberapa laporan seperti suri rumah mendakwa serpihan satelit jatuh di belakang rumah dan sebagainya, tidak diketahui ke mana perginya serpihan-serpihan berkenaan secara tepat.

NASA berkata, mereka mempercayai yang serpihan tersebut jatuh ke dalam Lautan Pasifik, tetapi masa kemasukan semula satelit sebesar bas itu dan lokasi tapak serpihan belum ditentukan.

“Oleh sebab kami tidak mengetahui di mana sebenarnya poin kemasukan semula, kami tidak tahu di mana tapak serpihan itu mungkin berada,” kata Nicholas Johson, Ketua Saintis Serpihan Dalam Orbit di Johnson Space Center milik NASA di Houston.

Malah beliau menambah, “Kita mungkin tidak akan mengetahui.”

Kenyataan beliau mengambarkan bahawa lokasi serpihan UARS akan kekal misteri dan kemungkinan besar tidak akan ditemui sampai bila-bila.

UARS dipercayai terhempas atmosfera antara 11.23 petang pada hari Jumaat dan 1.09 pagi EDT (eastern day time, iaitu masa siang di timur) pada hari Sabtu, NASA berkata.

Semasa ia jatuh ke Bumi, UARS pada awalnya dikesan melalui Pantai Timur Afrika merentasi Lautan Hindi, kemudian Lautan Pasifik merentasi utara Kanada dan utara Lautan Atlantik ke satu poin di barat Afrika. Kebanyakan daripada transit UARS adalah melalui kawasan perairan, dengan beberapa penerbangan merentasi Kanada dan barat Afrika, kata NASA.

Berukuran 35 kaki panjang dan diameter 15 kaki atau sebesar sebuah bas sekolah, UARS memasuki atmosfera bumi tanpa kawalan Jumaat lalu.

Kehabisan sepenuhnya bahan bakar pada tahun 2005 menyebabkan UARS tidak dapat dikawal oleh NASA untuk ia dijatuhkan di tempat tertentu secara terancang.

Para sainstis NASA sebelum ini meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa. Setakat ini juga belum ada sebarang laporan serpihan menimpa sesiapa.

Satelit itu adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.

Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.

Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.

Berita terkait :


Photobucket - Fakta menarik berita satelit seberat 5 tan bakal terhempas ke bumi

Photobucket - Wow | Bangkai Satelit NASA Akhirnya Jatuh ke Laut Pasifik


Photobucket
Adbox