Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » OMG! - Inilah Akibatnya Keluar Bilik Hotel Berbogel [VIDEO]
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - Inilah yang berlaku sekiranya keluar dari bilik hotel tidak berpakaian, Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.


Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.



Disebabkan terleka, pintu bilik hotel itu tertutup sendiri dan dia tidak memiliki kunci untuk membukanya. Dalam keadaan bogel, lelaki terbabit merayau ke sana-sini di sekitar hotel sambil cuba pergi ke kaunter penyambut tetamu.

Tanpa sesuatu untuk melindungi kemaluannya, dia cuma bergantung kepada dulang makanan yang menjadi punca masalahnya sementara dia berjalan mencari penyelamat.

Namun, sebelum sampai ke kaunter penyambut tetamu, lelaki terbabit terpaksa berdepan dengan ramai pelawat hotel berkenaan.

GELAGAT seorang lelaki berbogel yang terperangkap apabila pintu bilik hotelnya tertutup secara automatik.

Seorang ibu dan anak lelakinya pula terpaksa berkongsi lif dengan lelaki terbabit dan reaksi mereka ternyata kurang menyenangkan. Walaupun amat terdesak, lelaki malang itu masih terpaksa bersusah-payah mendapatkan bantuan daripada petugas di situ kerana mereka tetap mahukan dia menunjukkan kad pengenalan sebagai pengesahan sebelum kunci baru diberikan.

Sehingga semalam, rakaman video itu ditonton lebih 50,000 kali. Bagaimanapun, sebahagian besar penonton curiga terhadap kesahihan insiden itu dan yakin, ia dirancang lebih awal.

saksikan video ini...



TAOTAUAJERLain kali, apabila korang mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan. Tao juga pernah hampir mengalami kejadian seperti ini tapi sewaktu itu berpakaian seluar pendek sewaktu melihat keluar rumah (pangsapuri) dimana pada waktu itu terdapat bunyi alarm kebakaran tah macam mana pintu tertutup dan terkunci.. dan ape lagi pecah la pintu tu.. kelakar bila teringat kembali..hahaa. - Koleksi OMG!

.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post