Breaking

Thursday, September 22, 2011

GEMPAR! | Satelit Seberat 5 Tan diramal Terhempas Ke Bumi Jumaat esok !

TAOTAUAJER - Sebelum ini tao pernah post bagi tau pada korang dimana ura-ura NASA ada satelit usang yang akan jatuh ke bumi. Korang boleh baca post yang sebelum nyer KLIK SINI.
Fakta menarik menegenai ura-ura berita satelit seberat 5 tan bakal terhempas ke bumi.

Kali ini pulak, NASA telah meramal Satelit usang tersebut akan jatuh kebumi pada jumaat ini.

Sebuah satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebesar bas pesiaran yang berusia 20 tahun diramal jatuh ke bumi pada Jumaat ini.

Saksikan video Satelit 5 tan yang bakal terhempas ke bumi dibawah ini

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi.

Pasukan pakar bagaimanapun mengakui mereka tidak dapat mengesan lanjut berhubung perkara tersebut

sehingga masa 20 minit atau mungkin seminit sebelum ia diramalkan terhempas.

“Kami tahu UARS akan terhempas di antara 57 latitud utara dan 57 latitud selatan yang meliputi kawasan didiami manusia.

“Masih terlalu awal untuk meramalkan lokasi dan masa UARS akan terhempas,” kata Mark Matney, saintis serpihan orbit di agensi angkasa lepas AS.

UARS dilancarkan pada pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia merupakan satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas satelit Skylab terhempas di barat Australia pada 1979.

NASA bagaimanapun menegaskan ancaman UARS terhadap manusia dan harta benda awam adalah kecil.
“Ketika terhempas, UARS dijangka tidak akan meletup kerana ia tidak mempunyai minyak dan serpihannya mungkin akan bertaburan meliputi kawasan 800 kilometer,” jelas Martney. – AFP




Photobucket NEW UPDATES BACAKAN DI PAGE TAOTAUAJER

Photobucket
KLIK GAMBAR INI


Photobucket
SUMBER | UtusanOnline
Adbox