Breaking

Friday, September 23, 2011

TIPS ! AMALAN BAIK SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DGN TENANG


TAOTAUAJER - Memandangkan sudah nak hujung tahun ini, maka banyak la peperiksaan yang akan dijalan kan disini tao nak kongsikan pada korang dan jugak buat ibu bapa korang.


Dimana tao nak kongsikan satu tips amalan yang baik oleh ibu bapa supaya anak-anak yang mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dan juga bagi Mahasiswa/siswi menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh la:
Kalau waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Pesanan tao buat ibu bapa yang baca post ini, mungkin agak sukar anda nak lakukan amalan ini sebab banyak jugak untuk dibaca tapi nescaya anak-anak anda dipermudahkan bagi menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang. Insyallah !

Pendidikan anak-anak adalah penting buat masa hadapan mereka bagi menjalani kehidupan yang makin sukar di masa hadapan.

Buat korang yang sedang baca tips ini korang tunjukkan pada ibu bapa korang supaya ibu bapa korang dapat membantu korang sewaktu peperiksaan. Tao sekadar berkongsi bagi korang atau anak-anak korang dapat membesar dengan pendidikan yang sempurna dan berjaya dimasa hadapan.


Tips nih tao kongsikan dari seorang blogger yang tao kenal iaitu resepirahsiaku.com




Photobucket
Adbox