Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » INFO | Bila Syawal 1432H ?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



TAOTAUAJER - Bila syawal 1432 ? Tao pon cam terpinga-pinga semalam bila raya nih... Selasa ker Rabu. Kalau korang nak tau Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Awal Puasa, Ramadhan dan Zulhijjah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Korang nak tau bila sebenar-benarnyer raya??

Kalau korang nak tau dalam penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah penentuan secara hisab/kiraan dilakukan berdasarkan kepada Kriteria Imkanur Rukyah.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke 3 pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 01 Jun 1992 di Labuan telah bersetuju menerimapakai Kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :-

“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut :-

a) ketika Matahari terbenam, ketinggian Bulan tidak kurang daripada 2 darjah dan jarak
lengkung Bulan-Matahari tidak kurang daripada 3 darjah.

ATAU

b) Ketika Bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak
berlaku.

Photobucket


PENENTUAN AWAL SYAWAL 1432H / 2011M

Lokasi Rukyah : Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara,
Masjid Tanah, Melaka

Latitud Lokasi : 02o 17’

Longitud Lokasi : 102o 05’

Tarikh Rukyah : 29 Ramadhan, 1432H / 29 Ogos 2011M

Hari : Ahad

Ijtimak : Tarikh : 29 Ogos 2011
Masa : 11:05:11

Data – data Bulan dan Matahari pada hari rukyah 29 Ramadhan 1432H bersamaan 29 Ogos 2011 adalah seperti berikut :-

Photobucket


Jadual : Data-data kedudukan Bulan dan Matahari pada 29 Ramadhan 1432H
bersamaan 29 Ogos 2011M

Photobucket

Dari data-data rukyah pada 29 Ramadhan 1432H, ijtimak berlaku pada jam 11:05 waktu tempatan pada 29 Ogos 2011. Ketika Matahari ghurub pada jam 19 :19, Bulan belum ghurub dan Bulan ghurub pada jam 19:24 dan berada di atas ufuk pada altitud 00o 42’ 16”dan umur bulan ialah 08j 14m.

Berdasarkan data di Jadual 2 di atas, kedudukan hilal telah memenuhi kriteria Imkanur Rukyah. Oleh yang demikian, 01 Syawal 1432H jatuh pada 30 Ogos 2011 (Selasa) iaitu Hari Raya Puasa.
Ini adalah hasil hitungan (hisab) Falak.

Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh penyimpan mohor besar Raja-raja pada malam 30 Ogos 2011 selepas selesai cerapan oleh Jawatan kuasa rukyah.

Pasal Malaysia akan mempunyai 2 tarikh raya yang berbeza tuh pon tao tak berapa nak pasti sangat tapi kenyataan tersebut di keluarkan oleh Falak


Dengan kesempatan ini juga tao nak mengucapkan selamat hari raya buat pembaca taotauajer

Photobucket
SUMBER | The Power
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post