Breaking

Monday, August 29, 2011

Wow | Tikus Gergasi dibunuh



TAOTAUAJER - Sebelum nih tao ade pernah mengeluarkan post pasal tikus Gergasi yang memakan 2 bayi di Cape Town Africa selatan. Kali nih tao jumpa lagi pasal tikus gergasi dimana, di New York seekor tikus gergasi dijumpai dan dibunuh.

Besar sungguh tikus nih..menakutkan

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan.

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.

Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi



Photobucket
SUMBER | Kosmo Online
Adbox