Breaking

Friday, August 19, 2011

GEMPAR! | 2 Tarikh Raya Berbeza buat Malaysia tahun 2011

TAOTAUAJER - Tak lama lagi Syawal bakal menjelang, di sini tao nak kongsikan dimana satu info tao dapat nie dimana berkemungkinan pada tahun ini Malaysia akan ada 2 tarikh raya yang berbeza bagi semenanjung dan jugak bagi sabah/sarawak...wow!


Falak mengeluarkan satu laporan dimana Malaysia pada tahun ini iaitu tahun 2011 bersamaan dengan 1432H akan ada 2 tarikh Hari Raya (Syawal) yang berbeza bagi semenanjung dan jugak bagi sabah/serawak.

Nak tau tarikh nyer? Bacakan lagi dibawah ini.

Sekiranya maklumat falak yg dinyatakan dalam lampiran ini benar, insyaallah pihak berwajib seperti Jakim dan penyimpan mohor raja-raja akan umumkan dua tarih hari raya yg berbeza untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak tahun ini.

Dari segi hukum dengan mengambil kira satu contoh; misalnya katakan seluruh Malaysia pada suatu tahun yg lain telah diumumkan hari Raya setelah bulan tidak kelihatan maka mereka mencukupkan menjadi 30 puasa.

Andaikata salah seorang telah melihat anak bulan (1 syawal) di Sabah maka wajib baginya untuk meninggalkan puasanya dan menyambut hari raya.

Ini adalah dari segi hukumnya. Hal ini boleh terjadi dalam masyarakat yang primitif/kuno yang perkembangan ilmu pengetahuannya sangat terbatas, tetapi dalam hal perkembangan ilmu falak dewasa kini ia sukar terjadi kerana pihak berwajib selalu mengambil kira kedua2 kaedah (melihat anak bulan dan perkiraan falak) untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

RENUNGAN

  • Saudara ku sekalian
  • Kebiasaannya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi.
  • Maka Riuh rendahlah mahusia atau umat islam kerana tak mengerti......
  • Ada yang kata "Raya pon umat islam tak boleh nak bersatu" (Korang faham ?)

Kalau korang nak tau pada tahun ini bersamaan 1432H Allah SWT jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri

Berdasarkan pada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, Hari Raya di Semenanjung Malaysia adalah tidak sama dengan Sabah/Sarawak.

Berdasarkan perkiraan
  • Semenanjung Malaysia akan berhari Raya pada 30 Ogos 2011 ( Selasa )
  • Manakala di Brunai, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31 Ogos 2011 (Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.

Tau tak sebab ape jadi macam tu??


Photobucket
  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Alor Setar pada hari itu adalah 7.27 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 7.27 PM, Masa yang diambil adalah 8 Jam 23 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 1 Syawal bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.


Di Kota Kinabalu Sabah pulak


Photobucket
  • Ijtimak Matahari, Bulan dan Bumi berlaku pada jam 11.04 Pagi pada 29 Ogos 2011.
  • Maghrib di Kota KInabalu pada hari itu adalah 6.23 Petang.
  • Dari jam 11.04 AM hingga 6.23 PM, Masa yang diambil adalah 7 Jam 21 Minit.
  • Oleh itu, anak Bulan BELUM WUJUD di ufuk barat ketika Matahari Jatuh, Maka keesokan harinyer adalah 30 RAMADAN bersamaan Selasa 30 Ogos 2011.
  • Oleh itu, 1 SYAWAL jatuh pada hari rabu 31 Ogos 2011.

Pape pon tarikh nie terpulang pada pihak berkuasa, kita tunggu jer la pengumuman nyer nanti.


Hehee.. tao pon nak ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada korang semua.
Tak lama jer lagi nak raya pejam celik dah nak raya.

Photobucket
SUMBER | isuhangat.com
Adbox