Pergh...semakin maju dubai nieh, deorang buat Ambulan paling panjang, giler lah.
Dubai Ambulance Center (DAC),Memiliki Bas Ambulans dengan panjang sekitar 18 meter dan boleh membawa 44 pesakit sekaligus.Ambulans Terpanjang ini,Dilengkapi dengan tempat pendaratan Helikopter di bagian bumbungnya termasuk kemudahan satelit dan internet untuk para doktor yang bertugas.
Selain itu juga terdapat ruang untuk pembedahan dan ruang bahagian kecemasan (ICU).Ambulans ini akan menjadi Hospital bergerak yang akan dikerahkan jika terjadi kemalangan yang memerlukan operasi penyelamatan dengan jumlah mangsa yang banyak,sehingga para mangsa boleh mendapatkan rawatan terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke hospital.
Menurut Dubai Ambulance Center,”mereka sengaja membuat Ambulans berukuran besar kerana jumlah kemalangan di dubai yang agak tinggi.jadi kami memerlukan Ambulans yang boleh membawa mangsa kemalangan sebanyak mungkin supaya mangsa boleh di beri rawatan secepat mungkin”.
Oleh itu ditubuhkan sebuah pasukan untuk merekabentuk Ambulans ini dan mengirimkan hasil rekabentuk Ambulans tersebut ke sebuah Syarikat Automotif di Jerman untuk membina Ambulans tersebut.Ambulans ini bukan hanya sekadar Ambulans biasa,tetapi Ambulans yang mampu memberikan layanan rawatan lengkap sehingga mangsa kemalangan tidak perlu lagi ke hospital setelah menjalani rawatan di dalam ambulans ini.Ambulans ini dibuat supaya lebih efektif dari segi penjimatan kos dan masa jika dibandingkan dengan menggunakan Ambulans yang lebih kecil.
TAOTAUAJER : Kagum giller...lengkap dengan teknologi canggih dan boleh terus buat pembedahan lak tuh.