Breaking

Tuesday, May 24, 2011

Wow | Ade berus gigi nyanyikan lagu Justin Bieber

Perggghh.. nie produk Justin Bieber la nieh, buat peminat-peminatnyer yang fanatik kat dye la nieh. Sampai sambil berus gigi ley dengar lagu dye.


Justin Bieber membuat para penggemarnya semakin terasa dekat, hingga ikut ke dalam bilik mandi. Ya, memang sungguh unik, kini penggemar Justin Bieber boleh mendengarkan suara penyanyi ‘Baby’ itu ketika mengosok gigi.

Sebuah berus gigi diciptakan yang boleh mengeluarkan lagu-lagu populer dari Justin Bieber.Siapa yang menciptkan inovasi unik itu? Tidak lain, tidak bukan, Justin Bieber sendirilah yang memiliki idea untuk menciptakan berus gigi elektrik bersuara itu.

Dikutip dari Genius Beauty,berus gigi yang bernama‘Brush Buddies’ itu akan bekerja ketika dihidupkan tombolnya, sebagai berus gigi dan pemain musik. Ketika berusnya memutar, lagu Justin Bieber pun ikut menggema di bilik mandi.

Berus gigi ajaib itu memiliki dua pilihan. Pertama terdapat dua lagu iaitu ‘Baby’ dan ‘U Smile’. Pilihan lainnya adalah lagu ‘Somebody to Love’ dan ‘Love Me’.

Lagu diputar selama dua minit, hal ini berdasarkan waktu yang telah dianjurkan oleh ahli gigi untuk memberus gigi.Berus gigi elektrik tersebut akan dilancarkan pada bulan Julai ini di Amerika Syarikat dan dijual seharga $ US 9,99 .

Bukan tu jer prodak yang dye keluarkan kalau korang nak tau, selain tu dye keluarkan dental floss dan pembersih lidah. Lepastu ape pulak?? hehee.. macam-macam lah.

Photobucket
SUMBER | DETIK.com
Adbox