Breaking

Sunday, May 22, 2011

TRAGIS | Tanah runtuh yang meragut nyawa kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Semalam antara kejadian yang menyedihkan dan tragis berlaku apabila Rumah Anak Yatim Al-Takwa yang diduduki oleh kanak-kanak yatim tertimbus oleh kejadian tanah runtuh. Runtuhan tersebut membabitkan 25 orang mangsa dimana, 20 pelajar dan lima dewasa.

Photobucket

Kejadian tersebut berlaku semalam dalam kira-kira pukul 2.30 petang. 25 orang yang terperangkap dalam timbusan tanah tersebut adalah terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu.

Photobucket

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera lapor Bernama.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi tersebut melibatkan pelbagai agensi dimana membabitkan lebih 100 anggota. Antaranya termasuk Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pertahanan awam, pasukan SMART, Bulan Sabit Merah Malaysia, Tentera Malaysia dan Skuad Penyelamat DBKL serta Rela. ( Penting deorang nieh ) tertinggal pulak Anjing pengesan pihak Bomba dan Penyelamat.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan dan disambung pulak pada 8 pagi tadi bagi memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. Jika ada.

Kata warden rumah tersebut

Tiga jam sebelum kejadian tanah runtuh yang meragut enam belas nyawa semalam, mangsa yang terdiri daripada penghuni sebuah rumah anak yatim di sini menjalani latihan nasyid untuk persembahan menyambut kunjungan rombongan Perbadanan Filem Nasional (Finas).

Warden asrama, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata, delegasi itu dijangka hadir pada satu majlis di sini kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, kejadian terbabit berlaku selepas makan tengah hari kira-kira jam 2.15 petang.

“Hanya sebahagian penghuni tinggal di dewan makan untuk kerja-kerja mengemas, selebihnya berada di khemah untuk berlatih.

“Ketika itu, saya berada di asrama dan terdengar bunyi dentuman serta pokok patah,” katanya.

Mohd Hambali berkata, sepatutnya dia berada bersama mangsa, tetapi ditangguhkan kerana ada urusan lain.

“Apa yang saya lihat tak dapat digambarkan de-ngan kata-kata kerana keadaannya sangat tragis dan menyedihkan,” katanya.

Menurutnya, kejadian tanah runtuh itu adalah kali dua berlaku sejak awal bulan ini.

“Runtuhan pertama hanya 50 meter dari bangunan dan sekadar runtuhan kecil.

“Runtuhan kali ini lebih besar dan berkemungkinan terjadi akibat runtuhan pertama,” katanya.

Menurutnya, kejadian pertama itu bagaimana tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.-SH


Ini pula sedutan berita Al-Jazeera




Sedih tragedi ini, salam takziah dari tao.. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban dalam tanah rutuh tersebut. Kesian mereka, dah la kecik... yatim lepastu di timpa musibah pulak.


Photobucket

Adbox