Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi ketenteraan AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan pejuang Al Qaeda tersebut terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak.
Seperti dilaporkan Bloomberg, Selasa (3/5/2011), dakwaan Osama Bin Laden masih hidup ini telah dikeluarkan oleh Pimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan kenyataan mereka kepada televisyen Pakistan GEO TV.
Osama Bin Laden dinyatakan terbunuh di dalam pertempuran dengan tentera AS yang menyerang sebuah rumah mewah di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahawa Bin Laden memang sudah terbunuh setelah melakukan ujian DNA.
Dakwaan mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kekeliruan. Ia dibuat setelah keluarnya hasil ujikaji DNA yang dilakukan AS.
Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.
“Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas kebenaran bahawa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik,” kata Waliur Rahman dalam statemen video yang dipetik Arrahmah dari forum Islam Ansar, yang disiarkan dalam berita BBC Arab.
“Ia masih melakukan kontak dengan orang-orangnya dari organisasi Al Qaeda dan meneruskan aktivitinya seperti biasa,” lanjutnya.
Sebelumnya Tehrik-e-Taliban telah membuat kenyataan yang menolak khabar kematian Syeikh Usamah bin Ladin.
Nieh pon tao tak berapa pasti sgt...iye ker?? Mane yang betul nieh?? hrmmm..