WOW! - Anda suka selfie? Anda boleh memenangi barangan Samsung bernilai RM1,399!!

Wow | Akhirnya, Kluang Rail Coffee Disamak

Kluang - Jabatan Agama Negeri Johor (JAJ) mengadakan operasi penyamakan di tiga cawangan Kluang Rail Coffee berikutan serbuk kopi yang disediakan di kedai berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi seperti yang dilaporkan Sabtu lalu.


Gambar yang kurang jelas dimana kedai sedang disamak

Kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi sejak 1938 mempunyai empat cawangan di Johor iaitu tiga cawangan terletak di Kluang iaitu di Jalan Tasek, Jalan Station Keretapi dan Jalan Manggis manakala, di Johor Bahru terletak di Plaza Kotaraya.

Dalam pada itu, JAJ juga akan mengadakan operasi penyamakan di cawangan kedai kopi berkenaan yang terletak di Plaza Kotaraya pada malam ini.

Operasi penyamakan ini juga turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membantu untuk melakukan proses penyamakan terhadap kedai kopi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, operasi menyamak yang dilakukan oleh JAJ ini merupakan prosedur biasa yang perlu dijalankan oleh pihak yang memohon sijil halal daripada JAJ.

“Ia adalah prosedur biasa kerana kita sedang menimbang permohonan sijil halal daripada pihak Kluang Rail Coffee berikutan mereka baru mengajukan permohonan tersebut. Walaupun serbuk kopi yang dihidangkan oleh mereka disahkan mengandungi unsur tidak halal, JAJ tiada kuasa mengarahkan mereka untuk tutup perniagaan.

“JAJ hanya menyatakan kedudukan sebenar kepada pengguna dan terpulang kepada masyarakat untuk memilih. Makluman sudah diberi, namun kami tidak boleh menghalang pengguna daripada terus mengunjungi premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, JAJ telah melakukan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai dan telah mengesahkan bahawa serbuk kopi berkenaan mengandungi gelatin babi.

Zainal Abidin berkata, sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Pihaknya tidak boleh mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha kedai kopi terbabit melainkan menasihati peniaga berkenaan supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal dan saya juga menyeru supaya pelanggan beragama Islam supaya lebih berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, dan pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal yang dikeluarkan JAJ,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Barnabas Lim berkata, beliau mengakui pihaknya baru memohon mendapatkan persijilan halal pada awal tahun ini.

“Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

“Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini.

“Kita tidak begitu bodoh untuk menjatuhkan perniagaan yang sudah wujud sejak 73 tahun lalu dengan begini saja. Bagaimanapun pelanggan yang masih was-was boleh memulangkan sebuk kopi yang sudah dibeli dan kami akan membayar balik wang mereka,” katanya.

Kini ramai yang trauma apabila telah disahkan bahawa Kopi tersebut mengandungi campuran Gelatin babi menyebabkannya tidak halal..so kita kena berhati-hati dalam memilih makanan.

Photobucket
.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu
:
:
:
:
Photobucket
Kunjungi juga Facebook Blog Taotauajer : Jom ke Page Tao TAOTAUAJER | Enhanced MyBloggerTricks.com

ARTIKEL MENARIK

 
Copyright © 2014 ! TAO TAU AJER - All Rights Reserved
|Blogged.my | | | | best entertainment blogs| PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger|
Template By Catatan Info