Breaking

Thursday, April 21, 2016

PEMBONGKARAN - Benarkah El-Nino Punca Bil Elektrik Anda Naik? (MESTI TAHU)

TAOTAUAJER - BERDEPAN cuaca panas ketika musim El-Nino ini, rata-rata pengguna memasang pendingin hawa namun perkara kurang senang didengari adalah apabila bil eletrik dikatakan cecah dua hingga tiga kali ganda daripada kebiasaannya.


Kenaikan bil elektrik seakan tidak dapat diterima orang ramai berikutan pengguna yang sedia menggunakan pendingin hawa sebelum negara dilanda fenomena El-Nino, turut merasakan perbezaan mendadak bil elektrik mereka.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan lain mendedahkan rekod penggunaan elektrik negara mencatat paras tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu 17,175 megawatt (MW) ketika waktu kemuncak.

Akibatnya, laman Facebook TNB Careline menerima ‘serangan’ orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan bil yang tinggi sejak beberapa bulan ini.







Netizen menjadikan ruang laman itu sebagai tempat melampiaskan kemarahan ekoran berasa tertekan dengan kenaikan bil, termasuk mereka yang tidak memasang pendingin hawa di musim panas ini.

Berikutan itu, di laman sosial yang sama, TNB tampil menjelaskan punca sebenar mengapa bil elektrik yang pada akhir-akhir ini dikatakan begitu berbeza, tidak seperti kebiasaan.
 

Kami merujuk kepada aduan pengguna di media sosial mengenai bil elektrik tinggi kebelakangan ini.

Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa, yang secara relatifnya menggunakan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain.

Pengguna pendingin hawa lebih cenderung:

a- menurunkan suhu pada tahap lebih rendah
b- meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa
c- menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama

Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.

Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna.

Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran.

Fenomena bil melambung ini turut diperjelaskan secara terperinci oleh seorang pengguna Facebook, Mohd. Aswad dengan menerangkan rumus kiraan dan kaitan faktor haba panas pada waktu ini.

Dia menjelaskan yang mana perkongsiannya itu adalah daripada ilmu diajarkan oleh pensyarahnya serta daripada kakitangan TNB sendiri. Semoga perkongsiaan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada anda semua.


Ilmu yang diajar lecturer dan juga tok guru di TNB, aku nak turunkan pada semua warga facebook supaya masing-masing faham. InshaAllah bila tak kedekut ilmu, kita akan diberi ilmu lebih lagi.
Saya sertakan satu formula elektric, joule’s law

H = i^2 x r X t

Dari formula ni, kita dapat tahu haba akan mengubah jumlah arus. Dalam situasi harian, suhu di dalam sesuatu kediaman boleh memberi kesan pada aliran arus elektrik dalam rumah. elektrik kita tak boleh nampak jadi saya perlu bagi penjelasan kenapa TNB careline bagi keterangan sebab efek el nino.

Contoh mudah ialah peti ais, dalam cuaca suhu bilik biasa, 27 darjah celcius. satu peti ais akan menggunakan sejumlah unit elektrik untuk mengekalkan suhu di dalam peti ais dari 27 C ke 0 C. untuk mengurangkan suhu sebanyak 1 C, jumlah tenaga diperlukan ialah 4.19 kJ/kg.C.

Jadi cara kiraan mudah, untuk mengurangkan suhu 200ml air dalam peti ais hingga menjadi ais kiub, 200ml = 200gram.

0.2kg x (27-0)C x 4.19 = 26.46 kJ tenaga diperlukan untuk tukar air menjadi ais. ini dalam teori sahaja, dari segi praktikal lebih banyak tenaga diperlukan atas beberapa faktor.

Dalam fenomena el nino, suhu persekitaran bukannya 27 C, tetapi ada yang mencecah 36C hingga 40C. So dalam situasi sama semasa fenomena el nino, 0.2kg x (36-0)C x 4.19 = 30.168kJ tenaga diperlukan.

Dalam situasi biasa, hanya 26.46kJ je diperlukan tapi bila ada je elnino, terus up jadi 30.168kJ. ni dari segi teori…praktikal pulak lebih dari jumlah ni. Beza suhu sebegini membuatkan peti ais kita bekerja lebih keras dan guna lagi banyak elektrik untuk kekalkan suhu sejuk.

Nak mudah faham lagi, Bukan peti ais sahaja guna kompressor, air cond juga sama. kita dulu kita set 20°, sekarang tetap tak berubah 20°, tetapi disebabkan cuaca panas.

Compressor perlu bekerja lebih untuk mencapai tahap suhu 20°, sama juga dgn peti sejuk.. kita x pernah ubah set suhu sejak dari beli. Tapi bila suhu luar naik memdadak.. compressor perlu bekerja lebih.. ini yang kita perlukan terangkan pada pengguna. Wiring dalam rumah juga memberi kesan pada penggunaan elektrik.

Sesetengah kontraktor tidak membahagikan beban elektrik pada pendawaian rumah. ada situasi wiring tambahan tidak ditarik dari DB tapi disambung pada port soket. jika wayar panas disebabkan penggunaan elektrik yang banyak,ia juga bagi kesan bill elektrik meningkat. kontraktor sebegini menipu pelanggan dan tidak pasang wayar ikut spesifikasi suruhanjaya tenaga. ada kes air cond terbakar sbb wayar terlalu panas.

Sebenarnya ramai pengguna kurang faham dengan tariff elektrik, harga seunit makin tinggi bila penggunaan tinggi mengikut blok tariff. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penjimatan. Jika kWh makin banyak. Maka harga blok tarif selepas itu juga berbeza.

Tarif blok ini hanya utk pengguna domestik sahaja dan tarif domestik ini masih disubsidikan. Pengguna industri dan komersial berbeza. ramai pengguna yg heboh2 kat media sosial ni berlagak macam pandai tapi tariff letrik utk rumah tak boleh faham.
sumber: Mynewshub

TAOTAUAJER : Harap lepas ni rakyat malaysia lebih berilmu dan kurang tunding jari salahkan pihak lain.


Adbox