Breaking

Wednesday, April 8, 2015

MISTERI! - Kemunculan Bulatan Hitam Terapung Di Langit Kazakhstan [VIDEO]

TAOTAUAJER - Video footage yang menunjukkan kemunculan bulatan hitam berdiameter kira-kira 100 meter di langit Kazakhstan mencetuskan kegemparan penduduk di negara itu sehingga ada yang mendakwa bulatan itu dibuat oleh makhluk asing, UFO.


Video footage itu telah dirakam pada Sabtu lalu di Shortandy Village, 40 batu dari utara Capital Astana, dan bulatan hitam misteri itu bertahan selama 15 minit di langit sebelum beransur-ansur hilang dari pandangan.


Menurut seorang penduduk kampung berkenaan, Oleg Menshikov, bulatan itu muncul di langit pada jam 4 petang pada 3 April.


"Ia kelihatan seperti asap, namun tidak mengeluarkan bau," katanya.

Video itu telah ditonton sebanyak 50,000 kali semenjak dimuat naik ke laman YouTube dan mengundang pelbagai persoalan para pengguna internet mengenai fenomena terbabit.
Ada segelintir netizen mendakwa bulatan hitam itu adalah asap yang terhasil dari pesawat makhluk asing yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa bulatan hitam itu adalah asap yang dihasilkan dari mulut seorang perokok dan meniup asapnya dalam bentuk bulatan seperti trick yang biasa dibuat oleh perokok.

Bagaimanapun, menurut profesor fizik Northern Kazakhstan State Universiti, Andrey Solodovnik berkata, bulatan hitam itu bukan disebabkan oleh makhluk asing mahupun UFO.


Kejadian bulatan hitam itu kerap kelihatan di langit dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang dihasilkan dari corong-corong asap kilang yang berhampiran. 


Adbox