Breaking

Thursday, December 18, 2014

PEMBONGKARAN! - Wang Kertas Not RM50 & RM100 EMAS Tersebar Di Internet...Betul Ke Palsu ??? MESTI BACA !!!

TAOTAUAJER - Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian gambar not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100 emas...


Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, gambar not terbaharu malaysia itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur...

Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 disaluti warna emas pada keseluruhan not...


Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998...

Boleh baca info disini BIAR BETUL! - Duit Not RM50 Baru ini, Bakal Dikeluarkan ?

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping...

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don...

Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not...

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH...

Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu...

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai...

BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi....
sumber : Mynewshub

TAOTAUAJER : Bank negara Malaysia tiada mengeluarkan wang sebegini....tidaklah ia laku dipasaran Malaysia dan takluknya.. Selain itu , tao menadapat info yang not emas malaysia ini sebenarnya adalah baucer yang dikhaskan untuk dealer-dealer rorine.... tidak buley dijual beli di Kedai biase.. bukanlah not sebenar yang dikeluarkan oleh BNM. Oleh itu, Hati-hati anda mukin akan ditipu akan penjualan NOT EMAS ini ... berjaga-jaga yer... share artikel ini...


Adbox