Breaking

Sunday, October 9, 2011

BIAR BETUL! - Duit Not RM50 Baru ini, Bakal Dikeluarkan ?

TOATAUAJER - Nampak nyer negara kita akan bertukar design duit kertas baru tak lame lagi. Dalam 3 bulan yang lepas baru jer keluar kenyataan dimana Duit Syiling Malaysia siri ketiga akan dikeluarkan. Gambar bagi RM50 Baru Yang dikatakan keluaran terbaru bakal di keluarkantersebar di laman sosial.


Dalam not RM50 ini Mercu tanda malaysia Menara berkembar petronas, Menara Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka di sematkan.

Ape yang kita boleh nampak kat situ siap ade lambang Sukan Komenwel Kuala Lumpur pada tahun 98 dan Stadium

Kalau korang nak tau nih bukan la duit terbaru RM50 sebenarnyer

Kalau korang nak tau Duit RM50 yang baru korang tengok nih sebenarnyer adalah duit kenang-kenangan yang dikeluarkan bersempena dengan Sukan Komanwel (SUKOM) 1998

Ini adalah penjelasan oleh pihak BNM.

We would like to inform you that Bank Negara Malaysia in co-operation with Sukom Ninety Eight Berhad has issued the RM50 note as per your e-mail attachment, to commemorate the Kuala Lumpur ’98 XVI Commonwealth Games. You may want to browse the following urls for further information on the said RM50 note and other Malaysian currency:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&pg=733&ac=42

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=229&lang=bm


Fakta mengenai RINGGIT MALAYSIA.

  • Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 serta syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen. Nama “Ringgit” berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.
  • Mulai bulan Ogos 1975, nama “Ringgit” diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.

Antara ciri-ciri keselamatan wang kertas malaysia

  • Pengenalan jalur holografi ini merupakan usaha berterusan Bank Negara Malaysia untuk mempertingkat ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia. Jalur holografi ini membuatkan wang kertas lebih sukar dipalsukan tetapi mudah dikenal pasti oleh orang ramai.

Adbox