Breaking

Tuesday, November 25, 2014

MENAKJUBKAN! - Oscar, Kucing Yang Dianugerahkan Kelebihan Boleh Merasai Kematian

TAOTAUAJER - Oscar adalah seekor kucing yang dipercayai dianugerah kelebihan untuk merasai apabila seseorang itu menghampiri kematian. Dalam 50 kes yang didokumenkan, Oscar yang telah lama duduk di hospital itu, telah duduk disamping pesakit sebelum mereka meninggal dunia. Seolah-olah Oscar sudah dapat merasai mereka akan pergi.


Cerita menakjubkan ini didedahkan oleh Dr. David Dosa, seorang doktor Geriatrik dan pembantu profesor di Universiti Brown, yang mendakwa ramalan Oscar ini jarang sekali salah dalam tempoh enam tahun yang lalu.

Dr. Dosa mendedahkan anugerah menakjubkan yang ada pada Oscar dan jarang sekali berlaku didalam satu artikel pada New England Journal of Medicine pada tahun 2007. Sejak itu, kucing itu telah mengesan dengan tepat lebih banyak kematian, serta membukitkan kepada pakar geriatrik bahawa ianya bukan sekadar satu kebetulan. Dr. Dosa akhirnya menulis sebuah buku mengenai pengalamannya dengan Oscar di Hospital. Ia bertajuk ‘Making rounds with Oscar: The extraordinary gift of an ordinary cat’.


Buku ini menerangkan lebih lanjut tentang kehidupan harian Oscar, bagaimana dia menghabiskan masanya melangkah dari bilik ke bilik di Hospital, serta jarang menghabiskan masa dengan pesakit yang masih mempunyai peluang untuk terus hidup. Sebaliknya, Oscar memilih pesakit tertentu dan duduk di sebelah mereka. Selalunya pesakit yang akan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Jika dia duduk di luar bilik seseorang pesakit yang akan meninggal dunia, dia akan menggaru di pintu, seolah-olah cuba untuk memasuki ke dalam bilik.

Dalam satu contoh, Oscar melawat seorang wanita yang mempunyai darah beku yang sangat teruk di kakinya, Oscar duduk disamping pesakit itu, dan dia tinggal di sisinya sehingga dia meninggal dunia.

Pernah seorang jururawat menguji Osccar dengan meletakkannya pada seorang pesakit yang mereka fikir tidak mempunyai peluang untuk hidup, tetapi Oscar berlalu pergi dan duduk dengan pesakit lain. Sangkakan Oscar ternyata betul - pesakit yang kedua meninggal dunia pada hari yang sama, manakala pesakit yang pertama hidup selama dua hari lagi sebelum meninggal dunia.

Adbox