Breaking

Friday, April 25, 2014

SUBHANALLAH! - Kubur Ibu Tunggal ini Bercahaya Ketika Dikebumikan (6 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Subhanallah, Inilah satu kejadian yang jarang sekali berlaku dan jarang sekali kita diperlihatkan apabila Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas Asar di percaya bercahaya sewaktu hendak di kebumikan.


Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.




Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
“Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. 

SUMBER: Harian Metro


Adbox