Breaking

Saturday, June 15, 2013

SERIUS! - Jiroemon Kimura Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal (2 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Jiroemon Kimura lelaki tertua di dunia meninggal . Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai kerajaan di Kyotango, bandar Kyoto.... Jiroemon Kimura yang lahir pada 1897, telah meninggal dunia awal pagi 12 Jun di hospital kerana sakit tua.


Beliau diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai orang paling tua di dunia pada Disember lalu selepas seorang nenek dari Amerika Syarikat yang berusia 115 tahun meninggal dunia.

Kimura juga berjaya mencatat rekod apabila dia disahkan sebagai lelaki paling tua selepas hidup selama 115 tahun 253 hari.

Kimura yang berasal dari Kyotango dimasukkan ke hospital awal Mei lalu kerana masalah pneumonia dan keadaannya semakin kritikal sejak beberapa hari lalu.


Kimura yang dilahirkan sama tahun dengan perintis penerbangan Amerika, Amelia Earhart, menyambut ulang tahun ke-116 dengan menerima ucapan daripada Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe melalui rakaman video pada April lalu.

Kimura mempunyai tujuh orang anak, 14 cucu dan 25 cicit dan dia pernah berkhidmat di pejabat pos selama 40 tahun.
Selepas bersara, dia bertani sehingga usianya mencecah 90 tahun.

Kimura tidak merokok dan berhenti makan sebelum kenyang. Amalan hidupnya ialah makan tanpa berlebihan.
Datuk Bandar Kyotango akan memberi penghormatan kepada Kimura di rumahnya, manakala dewan bandaran akan menyediakan tempat untuk buku rakaman takziah.

“Kimura merupakan penduduk yang terkenal, jadi kami jangka ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepadanya,’’ ujar pegawai kerajaan. - AFP

TAOTAUAJER : Masihkah korang ingat akan post tao yang lalu dimana seorang wanita di rekodkan sebagai wanita tertua di dunia, dimana usianya adalah 115. Kini Misao menjadi manusia tertua di dunia selepas Kimura meninggal.


Adbox