Breaking

Thursday, May 17, 2012

WOW! - Gila besar Nyamuk Gergasi Gemparkan Penduduk Sulawesi (4 GAMBAR)

TAOTAUAJER - Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran 7 sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.


Giller la besar.... Nyamuk gergasi

Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Lagi gambar di bawah ini...


Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.




Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. - AGENSI

TAOTAUAJER - Kalau kita lihatkan sangat besarkan nyamuk tersebut... bayangkan la kalau dye isap darah kita, pasti banyak. Tepuk yang kenyang pasti bertepek darak kat dinding...hehe. Tak ley bayangkan rasa sakitnya kalau dye isap darah kita. - Koleksi Objek Gergasi di Dunia




Adbox