Breaking

Monday, October 3, 2011

#tautak - Bagaimana Kejadian Fenomena Aurora berlaku ?

TAOTAUAJER - Ada sependapat mengatakan Aurora ini adalah kejadian yang dikatakan Tanda-Tanda Kiamat 2012 apabila Langit Bertukar Warna. Kalau korang nak tau , Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris").



Korang tau tak macam mana fenomena nih boleh terjadi? saksikan video di bawah nie.

kalau korang nak tau fenomena ini terjadi akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari (angin matahari).

Aurora adalah pancaran cahaya yang terjadi pada lapisan ionosfera bumi akibat terjadinya interaksi antara medan magnetik (pada bumi) dengan zarah bercas yang dipancarkan oleh matahari yang disebut sebagai plasma [ada juga mengatakan sebagai "ejection mass coronal" (CMEs)

Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis, yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Plasma adalah sejenis partikel gas yang telah terion. Pada umumnya gas tidak bercas, tetapi kerana suhu yang sangat panas di matahari lalu telah menyebabkan zarah gas terion maka terbentuklah plasma. Plasma ini dipancarkan oleh matahari ke semua arah. (kebiasaannya pada ketika terjadinya aktiviti matahari maka pancaran plasma akan bertambah), kemudian ketika mendekati medan magnet bumi (yang berpusat di kutub utara dan selatan) maka plasma akan tertarik ke kawasan kutub-kutub bumi (gejala ini disebut sebagai "angin matahari "/ solar wind). Apabila ia bertemu dengan zarah atmosfera bumi maka akan terjadilah eksitasi-santai elektron sehingga memancarkan pancaran warna yang indah.

Aurora muncul ketika elektron bercas tinggi dari angin matahari melintasi medan magnet bumi dan berinteraksi dengan atmosfera bumi beratus-ratus kilometer di atas permukaan bumi. Ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian orbit Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ini menyebabkan kadang kala ISS terbang melintasi aurora. Angkasawan Donald Pettit mengatakan bahawa dia merasa hampir menyentuh aurora dengan tangannya kerana aurora begitu dekat dan indah.

Maka yang berperanan dalam pembentukan aurora itu adalah medan magnetik bumi dan zarah yang bercas. Oleh yang demikian, aurora sering terjadi di kawasan sekitar Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja kerana di situlah terdapatnya pusat daya tarikan magnetik bumi berbanding di kawasan khatulistiwa. Itulah sebabnya Aurora hanya terjadi di Kutub Utara dan Kutub Selatan sahaja. Aurora yang terkenal adalah Aurora Borealis (di kutub utara) dan Aurora Australis (di kutub selatan).

Saksi kan video nih untuk penerangan dengan lebih lanjut


Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol-garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV). Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.

Contoh nyer perkara yang boleh menyerbabkan berlakunyer Aurora nih korang ley tengok jugak kat post nih.

Photobucket - Wow | Ledakan Matahari DAHSYAT !

Photobucket - Wow | ‘Malaikat’ Melompat dari Matahari terakam oleh NASA


Photobucket
SUMBER | Wikipedia

Adbox