Breaking

Sunday, June 21, 2015

WOW! - Inilah 7 Idea Hidangan Sahur Ringkas Yang Kenyang dan Berkhasiat

TAOTAUAJER - Dengan kembalinya bulan Ramadan, sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk memikirkan menu yang sesuai untuk disajikan kepada keluarga, khususnya untuk bersahur.


Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.

Nasi adalah menu biasa bagi kebanyakan keluarga di Malaysia, tetapi ada juga yang mahukan kelainan, selain mahukan menu yang mudah dan cepat untuk disediakan pada awal pagi.

Disini kami kongsikan tujuh jenis juadah sahur yang ringkas dan mudah untuk dicuba, terutama bagi mereka yang tidak mahu makan nasi setiap hari.

1. Roti tinggi serat (whole grain) + mentega kacang + hirisan pisang


Mentega kacang mempunyai kandungan serat yang tinggi, di samping kaya protein dan sumber vitamin E, B6, zat besi, folat dan kalsium. Pisang pula, seperti yang diketahui ramai, merupakan sumber tenaga. Malah pengambilan pisang mengekalkan tenaga dalam tempoh masa yang lebih lama daripada pengambilan gula.

2. Roti bakar gandum (whole wheat) + tomato + telur goreng ‘mata’


Gabungan biasa untuk sandwic ringkas, namun ianya kaya khasiat. Telur adalah antara makanan yang punyai kandungan protein yang tinggi dan sering dicadangkan pakar pemakanan untuk diambil pada waktu pagi.

3. Paket ‘Smoothie’


Kisarkan pilihan buah-buahan bersama secawan susu, yogurt dan oat untuk menghasilkan satu ‘protein smoothie’ yang mengenyangkan. Antara buah-buahan yang sesuai bagi tujuan ini adalah kurma, pisang, epal, pelbagai jenis beri, mangga dan juga avocado selain kacang. Sediakan bahan-bahan ini di dalam paket-paket kecil dan simpan di dalam peti sejuk untuk dikisarkan setiap pagi.

4. Telur hancur + bayam + keju dibalut dalam tortilla gandum


Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur, keju serta cendawan atau tomato dan balutkan dengan rotitortillauntuk satu hidangan yang cukup mengenyangkan.

5. Roti bakar gandum + kale (kubis daun) + telur dadar + keju



Cuba campurkan apa sahaja hidangan anda dengan sayuran bernutrien tinggi, seperti kale. Mungkin ramai yang tidak tahu, kale adalah sejenis sayuran paling kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin A, B, K, kalsium dan magnesium.

6. Oatmeal bakar


Tak gemar oatmeal tradisional? Bolehlah cuba oatmeal dengan cara ini. Lebih sedap dan khasiatnya juga tak banyak yang berubah. Setelah dibakar, boleh disimpan di dalam peti ais dan hanya panaskan sahaja apabila hendak makan sahur.

7. Paket oatmeal



SUMBER : mazeermohamad.com

TAOTAUAJER : Amacam anda boleh la mencuba idea hidangan sahur yang ringkas ini lagi berkhasiat.


Adbox