Select Menu

Featured Posts

Slider

INFO

Artikel Islamiah

Omg!

WOW

TRAVEL

Videos

» » » SERIUS! - Luahan Panas Gadis Cun Melecun 'Buat Apa Nak Malu'
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TAOTAUAJER - KALAU dilihat daripada wajahnya yang cantik menawan memang tak sukar untuk si gadis ini bergelar seorang model mahupun pelakon.


Namun, demi mencari wang bagi membayar yuran pengajiannya, seorang mahasiswi cantik sanggup bekerja menjadi pembersih di stesen kereta api di Medan, Indonesia.

Pekerjaan yang dianggap tidak cool dan kotor bagi sesetengah anak muda ini menjadi pilihan Duma Mariana yang nyata tidak malu dengan pekerjaan yang dilakukannya.

Duma bertugas membersihkan kawasan sekitar stesen tersebut dan juga mencuci bilik air yang disediakan di premis kereta api itu.

Duma bekerja setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang. Sungguhpun memiliki rupa yang cantik, dia tetap ditugaskan melakukan kerja-kerja seperti membersihkan lantai, kaca sehinggalah ke tandas stesen berkenaan.

Duma mengaku, pada dasarnya, dia juga mementingkan kebersihan dalam hidupnya.

Bercakap mengenai masa depan, Duma berharap dia akan berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain selain dari mengaku memiliki cita-cita untuk menjadi ‘manager’ sesebuah perniagaan yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.

“Mudah-mudahan saya boleh mengecapi kejayaan dan cita-cita saya untuk menjadi manager,” katanya.

Baguslah jadi macam mahasiswi ini yang sanggup berusaha keras mencari rezeki halal begini daripada mengikut cara mudah tapi ‘kotor’ dan haram kan.

Jom kita lihat lagi gambar di bawah ini...



.
----------------------------------
Sudah Baca? Jangan Lupa LIKE , Tweet atau Share artikel ini tanpa segan silu

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post