Breaking

Saturday, June 27, 2015

AWAS! - Bahaya Tidur Selepas Sahur Sungguh Mengejutkan Umat Islam (MESTI BACA!!)

TAOTAUAJER - Antara kebiasaan bagi orang yang berpuasa adalah tidur selepas sahur. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui kezaliman ini boleh mengundang pelbagai jenis penyakit.


Doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam menasihatkan cuba elakkan daripada tidur selepas sahur kerana makanan belum dicerna dan kembali ke kerongkong kerana tarikan graviti,

Jika ia berlaku, asid perut akan naik dan melukakan kerongkong yang menyebabkan kerongkong akan terasa seperti terbakar dan mulut pun terasa pahit.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlulah tidur menggunakan bantal yang lebih tinggi daripada kebiasaan ataupun setengah duduk.

Menurut Pensyarah Fakulti Perubatan di Universiti Indonesia pula, anda boleh tidur selepas dua jam selepas bersahur.

Makanan yang berlemak seperti keju dan lauk-pauk berminyak memerlukan masa dua jam untuk dicerna manakala nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan lebih kurang satu jam untuk dicerna.

Untuk perut mempunyai masa untuk mencerna makanan sahur, kita digalakkan bersahur sejam sebelum imsak iaitu sekitar jam 4.30 hingga 5 pagi.

Bila sudah dekat waktu imsak, makanlah makanan dalam bentuk buah-buahan dan air masak. Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada terjadinya refluks. Selesai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum menjalankan rutin harian.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad’s...

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

TAOTAUAJER : Untuk pengetahuan anda semua jika mahu tidur sebentar, dicadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa..


Adbox