Breaking

Saturday, June 21, 2014

WOW! - Inilah Makanan Yang Wajib Dibeli Bila Tiba Time Puasa

TAOTAUAJER - Sepertimana kita tau Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan. Apatah lagi apabila di bulan Ramadhan. Kini tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi, seluruh umat Islam di serata dunia akan menyambut kehadiran bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.


Seperti kebiasaan, juadah yang dimasak atau dihidangkan pada bulan puasa selalunya agak berlainan dari hari-hari biasa.

Mungkin buat ibu bapa, tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengalakkan anak mereka bangun sahur selain berasa gembira berpuasa walaupun pada usia yang muda.

Antara yang menjadi tumpuan sepanjang Ramadan adalah keunikan bazarnya!

Penulis berani jamin, pasti setiap daripada kita, pada setiap tahun tidak pernah melepaskan peluang pergi ke bazar Ramadan untuk merasai sendiri kepelbagaian lauk-pauk dan juadah yang disediakan.

Bukan masyarakat Melayu sahaja yang teruja, malah rakyat berbilang kaum di Malaysia ini tidak turut sama merasai kemeriahan bazar pada saban tahun.

Antara bazar-bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tumpuan ialah di Taman Melawati, Shah Alam Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Chow Kit, Pantai Dalam dan Bandar Baru Bangi.

1. Ikan Bakar

2. Ayam Percik

3. Tepung Pelita

4. Nasi Kerabu

5. Nasi Ambeng

6. Popiah Basah

7. Air Katira

8. Roti John

9. Bubur Lambuk

10. Kurma

sumber: Mynewshub

TAOTAUAJER : Pelbagai keistimewaan juadah yang disediakan yang pastinya bisa mengecurkan air liur setiap yang melihatnya.


Adbox