Breaking

Saturday, April 19, 2014

SERIUS! - Serpihan Kemalangan Paul Walker Jadi Tarikan

TAOTAUAJER - Sepertimana yang kita tahu , kehidupan Paul Walker bintang terkenal Fast Anda Furious di akhiri dengan kemalangan tragis. Namun begitu di sebalik tragedi kematian pelakon Fast and Furious, Paul Walker ada pihak nampaknya dapat mengaut keuntungan mudah.


Seseorang yang tidak dinamakan, telah melelong barangan milik aktor tersebut di laman web BidAMI.com



Barangan yang dilelong itu adalah cermin mata, serpihan sisa kemalangan dan pemadam api yang digunakan ketika Paul Walker bergelut dengan kematian pada 30 November 2013 lalu.

Menurut wakil laman web yang melelong barangan berkenaan, pihak mereka sudah melakukan kajian dan mendapati cermin mata tersebut menyamai cermin mata yang digunakan Paul Walker pada hari kemalangan tragis yang meragut nyawanya. 

Individu yang menjual barangan tersebut mendakwa, dia berada di tempat kemalangan pada hari berkenaan dan telah mengutip barangan tersebut selepas pihak polis mengosongkan kawasan kejadian.

Lelongan barang yang didakwa milik Paul Walker ini telah mendapat view lebih 4,000 kali tetapi setakat ini hanya empat orang yang melakukan bidaan.

TAOTAUAJER : Ape pun tak boleh... sempat lagi ambil kesempatan dari kematian seorang yang popular bagi mendapatkan keuntungan...


Adbox