Breaking

Wednesday, March 19, 2014

TRAGEDI MH370 - Penduduk Kepulauan MALDIVES Dakwa Lihat Pesawat MH370

TAOTAUAJER - Penduduk di sebuah pulau terpencil di Maldives mendakwa mereka melihat ‘sebuah jet jumbo terbang rendah’dan ciri-ciri jet tersebut hampir sama dengan perihal kehilangan pesawat MH 370


Beberapa penduduk Kuda Huvadhoo, di Dhaalu Atoll, berkata mereka melihat pesawat putih dengan jalur merah terbang begitu rendah ke atas pulau itu dan pintu pesawat jelas kelihatan.

Penduduk pulau tersebut juga mendakwa mereka diganggu oleh bunyi bising yang amat kuat pada kira-kira jam 06:15 waktu tempatan pada 8 Mac dan melihat sebuah kapal terbang menuju dari utara ke selatan-timur, ke arah Addu – hujung selatan Maldives.


Seorang pakar penerbangan tempatan turut memberitahu Haveeru Online ada kemungkinan pesawat yang terbang rendah itu adalah MH370 kerana pada masa tersebut tidak ada pesawat yang dijadual terbang melintasi pulau berkenaan.

Dalam satu laporan berasingan, Tentera Thailand semalam menyatakan bahawa radar tentera mengesan sebuah pesawat yang mungkin dipercayai milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat tersebut dipadamkan, dan pihaknya tidak berkongsi maklumat tersebut dengan Malaysia lebih awal kerana tidak diminta untuk berbuat demikian.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, laluan pesawat itu didapati melencong ke Selat Melaka, seperti mana dikesan radar Malaysia pada awal pagi 8 Mac lalu.

Jelas beliau, radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan sepatutnya dilalui MH370.

Pulau Maldives yang terletak jauh dari kemungkinan Koridor Utara dan Selatan tidak termasuk dalam 26 buah negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang dari hubungan radar pada 8 Mac dengan kali terakhir ia dilihat di kawasan Selat Melaka dan kemungkinan ia terbang melalui koridor utara dan selatan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Kini Pasukan Polis Maldives sedang menyiasat dakwaan penduduk kepulauan itu yang melihat sebuah pesawat jet jumbo terbang rendah pada hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang iaitu 8 Mac lepas.

TAOTAUAJER : Sehingga kini masuk hari ke-12, pesawat berkenaan masih belum berjaya dikesan tanpa sebarang tanda. Apalah nasib mereka yang di dalam kapal terbang tersebut dah lama hilang, nak kata terhempas pun tak ada sebarang tanda-tanda di jumpai. PRAY FOR MH370 - INFO TRAGEDI MH370


Adbox